Aku sedang membelek sehelai jaket hitam yang nipis tapi kalis air, untuk persediaan menghadapi musim yang akan menjelang selepas musim sejuk.
Tidak ramai orang berada di bahagian jaket di pusat membeli-belah ini. Cuma aku dan satu pasangan di mana teman wanitanya sedang melihat-lihat jaket di sini.
Setelah mengacu, akupun menanggalkan jaket itu. Aku membuat keputusan jaket itu sesuai denganku dan ingin membelinya.
Tiba-tiba, wanita itu datang kepadaku, tanpa sepatah perkataan, mengambil jaket yang aku pegang dan membeleknya. Kemudian, dia berlalu. Nasib baik dia tak ambil jaketku itu.
Aku sungguh keliru. Punyalah banyak jaket yang sama di rak pakaian, yang juga lagi dekat dengan dia, yang berada di dalam tanganku juga dia nak tengok.
Cantik sangat ke bila aku pakai sampai dia sendiri nak tengok sendiri jaket itu?
Hatiku masih tertanya-tanya sampai ke kaunter bayaran.
Macam-macam peel yang aku jumpa bila berada di tempat orang.