Akhir-akhir ini, hangat diperkatakan mengenai penipuan yang berkaitan dengan menjaga beg orang yang tak dikenali. Antara yang paling kerap adalah apabila seseorang itu meminta menjagakan begnya semasa ketiadaan dia. Akhirnya, penjaga beg yang menjadi mangsa kerana ada barang terlarang di dalam beg tersebut.
Aku pernah mengikuti satu pakej pelancongan ke Turki lebih dua dekad yang lalu semasa cuti musim bunga. Aku pergi dengan rakanku dan beberapa rakan serumahnya.
Malangnya, banyak butiran yang aku tak ingat, termasuklah itinerari perjalanan. Namun begitu, ada memori yang masih tersimpan hingga sekarang. Barisan untuk pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang agak panjang. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa, aku mula menyusun barang-barang supaya pemeriksaan berjalan lancar.
Tiba-tiba terdengar kekecohan berlaku di bahagian hadapan barisan. |