Aku bukannya peminat bola sepak tetapi ada masanya terpalit juga demam bola.
Tahun 2012
Semasa aku berada di Düsseldorf, UEFA Euro 2012 berlangsung antara pasukan Jerman dan Itali.
Aku dan beberapa rakan menyertai 'walking tour' di kota Dusseldorf pada waktu petang. Sementara itu, ada rakan-rakan lain yang telah bersiap sedia di bar menunggu perlawanan bermula.
Seorang kenalan yang mengikuti kumpulan yang pergi ke bar ialah orang Itali. Rakan-rakannya menasihatinya untuk tidak terlalu ghairah jika Itali menyumbatkan gol semasa perlawanan itu, bimbang berlaku pergaduhan. Dia seorang yang agak 'riuh'. Haha!
Selesai 'walking tour', kami berjalan di kawasan yang terdapat banyak bar. Aku tidak tahu kedudukan bilangan gol pada masa itu tetapi suasana sangat berbeza dengan suasana sebelum perlawanan. Masing-masing bermuka suram. Aku dapat meneka bahawa pasukan Jerman ketinggalan bilangan gol berbanding pihak lawan. Seorang rakan lelaki yang mengikuti 'walking tour' berjalan rapat dengan kami. Aku dapat merasakan yang dia cuba untuk melindungi kami jika berlaku kekecohan.
Skor akhir: Jerman 1, Itali 2. Kenalan Itali itu tersenyum memanjang keesokan harinya.

Tahun 2014
Demam World Cup ialah demam satu dunia. Kali ini, aku juga demam. Pasukan Jerman adalah antara yang terkuat dan pada FIFA World Cup 2014 secara automatiknya, aku 'menyokong' pasukan Jerman. Inilah pertama kali aku menyokong pasukan bola sepak. Untuk suka-suka sahaja.

Satu hari, rakanku mengajakku menemaninya untuk membeli barangan bola sempena World Cup. Aku menurut. Waktu tengahari, dia memandu ke Aldi. Pada mulanya, aku bukan berminat pun untuk membeli apa-apa. Tetapi, barangan bola di Aldi amat murah. T-shirt cuma €3! 'Hoodie' pula €8. Akhirnya, aku membeli untuk ahli keluargaku di Malaysia.
World Cup tahun 2014 diadakan di Brazil antara bulan Jun dan Julai. Perbezaan waktu antara Brazil dengan Jerman menyebabkan perlawanan berlangsung pada waktu malam di Jerman.
Tahun ini, aku berbuka dengan bola. Masa berlangsungnya World Cup itu seiring dengan Ramadhan. Sambil memasak dan menunggu waktu berbuka, aku memasang TV untuk menonton siaran langsung perlawanan. Walaupun dalam bahasa Jerman, walaupun aku tak faham komentar tetapi bahasa bola adalah universal. Cukup dengan menonton perlawanan sahaja.

Perlawanan semi-final antara Jerman dan Brazil memang ditunggu-tunggu. Malangnya, aku terlewat memasang TV. Bila dipasang, Jerman sudah menjaringkan 4 gol! Jelas kelihatan kekecewaan di muka pasukan Brazil. Juga peminat mereka di stadium. Ada yang menangis. Tiada harapan untuk melayakkan diri ke pusingan akhir. Terlalu jauh untuk dikejar. Skor akhir: Jerman 7, Brazil 1.
Malam perlawanan akhir, aku siap-siap memasang TV dengan awal. Selepas masak terus menghadap TV. Kawasan rumahku kebiasaannya amatlah sunyi. Kawasan yang aman. Malam itu pun, tidak kedengaran sebarang bunyi. Berlainan dengan rumahku di Malaysia. Sorakan dari kedai mamak yang kurang 50 meter dari rumah cukup untuk memberitahuku ada perlawanan bola sedang berlangsung.
Perlawanan akhir adalah antara Jerman dengan Argentina.
Sambil makan, mataku terpahat di kaca TV. Tidak mahu terlepas sebarang gol.
Setelah lama, gol pertama pasukan Jerman. Baru kedengaran sorakan dari jiranku! Gol yang cantik.
Skor akhir: Jerman 1, Argentina 0.

Selesai World Cup, aku membeli t-shirt 'Germany National Team Victory' untuk adik-adikku dan rakanku secara online di laman web Adidas. Kenangan 'World Cup'ku di Jerman. Cukuplah dengan t-shirt hitam itu. Nak beli jersinya mahal. Jersi yang bintangnya kini 5.