Aku ada juga membeli barangan secara online.
Lazimnya, jika pembeli tiada di rumah, penghantar barang akan cuba mendapatkan jiran untuk menerima barangan itu bagi pihak pembeli. Mereka akan menekan loceng pintu jiran yang berdekatan untuk memberi barangan tersebut. Penghantar akan meninggalkan nota di peti surat pembeli menyatakan barangan telah dihantar semasa tiada di rumah dan ia telah ditinggalkan bersama jiran.

Ini adalah lebih baik berbanding jika tiada siapa pun di bangunan apartmen. Jika penghantar tidak berjaya mendapatkan pembeli atau jirannya, barangan akan dihantar ke pusat kutipan. Ini tidak begitu mudah bagiku kerana aku terpaksa menaiki bas untuk mengambil baranganku.
Ada satu ketika di musim panas, aku telah membeli kasut secara online. Memandangkan aku tiada di rumah semasa penghantaran, barangan itu ditinggalkan dengan jiranku.
Cuaca pada hari itu panas. Apartmen aku berada di tingkat bawah ('ground floor') jadi aku tidak mengalami kepanasan seperti jiranku yang berada di tingkat atas. Kipas pun tiada di dalam apartmenku. Kadang-kadang tu, panaslah juga.

Aku pun menapak ke tingkat empat. Semakin aku naik ke atas, bahang semakin terasa.
Akupun menekan loceng pintu jiranku.
Pintu dibuka oleh jiranku yang agak berumur. Tingkapnya semua terbuka luas, membenarkan angin masuk untuk mengurangkan kepanasan di dalam apartmen. Dia cuma memakai baju tidak berlengan dan skirt paras lutut. Kelihatan kulit mukanya merah, bukti kepanasan di dalam apartmennya itu.
Semasa aku menyerahkan slip nota barangan kepadanya, tiba-tiba angin kuat menutup pintunya. Tidak sempat untuk dia halang. Akupun terkejut.
Dia kata kunci berada di dalam. Anak dan menantunya tiada di rumah. Yang merisaukan ialah cucunya yang berumur dalam lingkungan dua tahun sedang tidur di atas katil sendirian. Dia mungkin terjaga dan terjatuh.

Aku pun buntu. Nak buat apa dalam keadaan begini?
Dia turun ke bawah untuk bertanya jiran yang lain tetapi tiada siapa dapat membantu. Aku cuba menelefon kawan-kawanku tetapi tidak berjaya mendapatkan sesiapa.
Akhirnya, aku mendapat satu idea. Aku memanggil syarikat pemilik apartmen kami. Pegawai yang menjawab panggilanku memberitahu malangnya mereka tidak mempunyai kunci pendua. Ada nombor pembuat kunci di pintu bangunan apartmen yang boleh dihubungi, katanya. Aku memberitahunya kami risaukan budak kecil yang berada di dalam apartmen itu keseorangan. Menunggu untuk pembuat kunci untuk datang mungkin akan mengambil masa.
Dia kata dia ada satu idea. Akupun beri telefon kepada jiranku. Mereka berbincang seketika dan kemudian jiranku memberitahuku ada orang akan datang sebentar lagi.
Tidak lama kemudian, seorang 'Hausmeister' iaitu penjaga bangunan datang.
Pada waktu ini, aku tidak tahu apa yang akan dilakukannya. Yang aku tahu, dia tidak mempunyai kunci. Bagaimana nak masuk ke dalam?

'Hausmeister' menekan satu butang di dinding. 'Skylight' yang berada di atas kami terbuka secara automatik (aku tak perasan pun sebelum ini ada 'skylight' di situ). Dia mula memanjat ke 'skylight' itu.
Aku memandangnya dengan mata terbeliak. Aku memandang jiranku pula. Dia cuma menjungkitkan bahunya.
Sekarang baru aku tahu, dia akan berjalan di atas bumbung bangunan apartmen dan akan turun ke tingkap jiranku yang terbuka. Aku amat risau ketika itu. Hanya kerana kasutku, orang ini mungkin akan terjatuh dan mendapat kecederaan. Aku berdoa agar dia selamat.
Beberapa saat kemudian, pintu jiranku dibuka. Aku menghela nafas lega.
Jiranku terus masuk untuk melihat dan mengambil cucunya. Cucunya yang tidak berbaju dan kulitnya kemerahan telah bangun. Syukur dia pun tidak apa-apa, cuma kepanasan sebab cuaca sahaja.
Jiranku mengambil baranganku dan kemudian memberi sedikit wang kepada 'Hausmeister' tanda terima kasih.
Beberapa hari selepas itu, aku terserempak dengan anaknya (ibu kepada budak kecil itu). Dia mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku memberitahunya yang kami risaukan ialah anak kecilnya itu. Syukur semuanya selamat.