Satu hari, rakan sekerja yang berasal dari Bangladesh datang menemuiku di bilik pejabat.
"Kau lapang pada tarikh ini? Aku ingin menjemput kau untuk akad nikahku dengan Teela" ujar Saleh.
Teela ialah rakan sekerja kami yang berasal dari China. Sudah agak lama mereka berkawan rapat tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa yang mereka merancang untuk mendirikan rumahtangga. Kami cuma berteka-teki sahaja selama ini. Alhamdulillah.
"Hari itu ialah hari kerja tapi kita keluar sekejap sahaja untuk ke masjid pada waktu rehat tengahari. Aku akan hantar dan jemput kau dan beberapa rakan lain."

Aku setuju untuk menghadiri akad nikah mereka. Aku tertanya-tanya, setahu aku Teela bukan orang Islam. Sudahkah dia mengucap kalimah syahadah?
Aku diberitahu, berkahwin di negara ini bukannya senang untuk orang asing/luar. Banyak protokol dan prosedurnya. Ramai yang akan pergi ke Copenhagen di Denmark untuk bernikah secara official. Rakan-rakanku ini sudahpun bernikah di Copenhagen. Akan tetapi, mereka mahu juga bernikah di masjid.
Pada hari tersebut, kamipun pergi ke masjid. Tiada majlis yang besar. Kami dibawa ke sebuah bilik dan menunggu imam. Ibu Saleh juga ada, datang dari Bangladesh.
Imam datang dengan seorang pemuda. Imam tidak boleh berbahasa Inggeris. Pemuda itu boleh berbahasa Inggeris dan Jerman. Saleh boleh berbahasa Jerman akan tetapi aku rasa dia mahu memastikan yang segalanya berjalan dengan lancar dengan tanpa salah faham. Jadi, pemuda itu menjadi penterjemah antara imam dan pasangan ini.
Kami semua duduk. Imam memulakan acara. Dia menanya soalan-soalan kepada kedua-dua Saleh dan Teela. Pemuda di sebelahnya tolong menterjemahkan soalan dan jawapan.
Tiba pada satu soalan..
"Are you a muslim?" tanya pemuda itu kepada Saleh.
"Ich bin Muslim aber sie ist keine Muslimah." (Aku Islam tetapi dia [Teela] bukan seorang Islam).
Pemuda itu terjemahkan kembali kepada imam.
"Are you a muslim?" tanya pemuda itu kepada Saleh.
"Ich bin Muslim aber sie ist keine Muslimah." (Aku Islam tetapi dia [Teela] bukan seorang Islam).
Pemuda itu terjemahkan kembali kepada imam.
Imam memberitahu yang Teela mesti memasuki Islam sebelum nikah.
Imam menyuruh Teela mengikut apa yang dikatanya. Dia mengucap kalimah syahadah yang dipecahkan kepada beberapa frasa pendek supaya Teela senang mengikutinya.
Lantas, hari itu, aku menyaksikan Teela menjadi seorang muslimah. Alhamdulillah.
Kemudian, imam memulakan akad nikah. Dua rakan lelaki kami menjadi saksi pernikahan itu.
Usai upacara, kami mula mengorak langkah untuk kembali ke pejabat. Saleh dan Teela menyediakan sedikit juadah ringan untuk kami bawa pulang dan makan di pejabat memandangkan waktu rehat tengahari sudah tamat.
Alhamdulillah, amat mudah urusannya. Tiada majlis besar, tiada hantaran mahal-mahal.
Kini, mereka mempunyai seorang bayi perempuan yang comel.