Aku pernah mengikuti satu pakej pelancongan ke Turki lebih dua dekad yang lalu semasa cuti musim bunga. Aku pergi dengan rakanku dan beberapa rakan serumahnya.
Malangnya, banyak butiran yang aku tak ingat, termasuklah itinerari perjalanan.
Namun begitu, ada memori yang masih tersimpan hingga sekarang.
Malangnya, banyak butiran yang aku tak ingat, termasuklah itinerari perjalanan.
Namun begitu, ada memori yang masih tersimpan hingga sekarang.
Satu hari, bas kami merentasi laut menggunakan feri. Sementara menunggu untuk tiba di seberang, kami duduk di dalam bas. Kemudian, aku nampak beberapa orang mulai keluar dari kenderaan-kenderaan mereka.
Sebuah lagu berkumandang di udara dengan kuat. Mereka yang kini berada di luar kereta mula membuat satu bulatan kecil. Aku tidak ingat samada mereka memegang tangan ataupun jari ataupun bahu tetapi kedudukan mereka rapat antara satu sama lain. Mereka mula menari.
Aku dan rakanku merasa amat pelik melihat gelagat mereka. Maka, rakanku bertanya kepada pemandu pelancong kami.
"Bashak, what are they doing?"
"They are dancing. This is normal when we hear a song".
"Bashak, what are they doing?"
"They are dancing. This is normal when we hear a song".
Biasa bagi mereka tetapi tidak bagi kami. Sehingga sekarang, aku tidak tahu samada mereka menari dengan orang yang tak dikenali ataupun mereka kenal antara satu sama lain. Kelihatan seperti rawak bagi aku.
Kemungkinan apa yang kami lihat ialah tarian halay ataupun horon.
Apa-apapun, orang-orang Turki amat gemar menari. Begitu banyak tarian yang menarik di Turki, termasuklah 'belly dancing'.
Apa-apapun, orang-orang Turki amat gemar menari. Begitu banyak tarian yang menarik di Turki, termasuklah 'belly dancing'.
Banyak teori mengenai asal usul tarian ini. Ada yang menyatakan tarian ini ialah tarian keagamaan. Teori lain pula mendakwa tarian ini dimulakan oleh orang gipsi. Apa-apapun, tarian sensual ini amat menarik bagi sesiapa yang menontonnya.
Tarian 'belly-dancing' tidak termasuk di dalam pakej pelancongan asas kami tetapi peserta pakej boleh menontonnya jika bayar lebih. Pelajar seperti aku yang mengharapkan lebihan duit pinjaman pembelajaran untuk melancong, merasakan bayaran itu terlalu mahal.
Walaubagaimanapun, pada malam terakhir kami di Turki, kami menerima kejutan dari pihak hotel di mana tarian 'belly dancing' akan dipersembahkan selepas makan malam tanpa bayaran.
Aku berasa amat teruja. Belum pernah lagi melihat tarian ini. Tarian yang memukau dan ghairah. Di pertengahan persembahan, apabila gelekan penari menjadi semakin galak, aku menutup mata rakanku yang terpaku menghayati tarian itu. Rakanku terkejut dan menepis tanganku. Orang yang duduk berhadapan kami tertawa melihat gelagat kami.