Pada satu Sabtu, aku berjalan dengan rakanku di Bad Godesberg. Kami masuk ke sebuah kedai yang menjual barangan terpakai. Sementara rakanku menelek baju, mataku terpaku pada sekeping gambar yang tergantung di dinding. Bingkainya tebal berwarna biru dan gambar itu terdiri daripada beberapa lakaran kecil bertemakan langit. Warnanya meriah, sebahagian besar terdiri dari warna kuning, kontras dengan bingkainya.
Aku sedang membelek sehelai jaket hitam yang nipis tapi kalis air, untuk persediaan menghadapi musim yang akan menjelang selepas musim sejuk.
|