Hari Ahad, aku suka bersenang-senang di rumah. Tidak keluar langsung. Malah, ada harinya, mandi pun lambat.
Tetapi, ada satu petang Ahad aku diganggu.

Loceng pintuku dibunyikan. Aku buat tak endah. Rasa malas untuk buka pintu utama bangunan apartmenku (walaupun cuma tekan butang kecil di ruang masuk apartmen). Menjadi kebiasaan, sesiapa yang mahu masuk ke dalam bangunan, akan menekan loceng mana-mana rumah, berharap pintu utama akan dibuka.
Beberapa saat kemudian, loceng sekali lagi dibunyikan. Aku mula syak yang ada seseorang mencari aku. Aku tekan 'intercom'. Rupa-rupanya Teela, rakan sekerjaku yang juga tinggal berhampiran. Aku membuka pintu.
Dia memberitahu yang dia keluar untuk membuang sampah tetapi malangnya lupa untuk membawa kunci apartmen. Kunci kereta dibawanya pula. Dia berkata yang salah satu tingkap rumahnya terbuka luas. Apartmennya berada di tingkat pertama, jadi dia berharap untuk pinjam tangga untuk masuk ke apartmen melalui tingkap itu.
Manalah aku ada tangga. Nak tukar langsir pun pakai meja dan panjat tingkap.
Kelazimannya, jika seseorang itu terkunci dari luar, tukang kunci akan dipanggil untuk membuka kunci rumah. Bayarannya mahal, aku mendapat tahu lebih kurang €100. Masalahnya juga, hari ini ialah hari Ahad. Keesokan harinya pula cuti umum. Kemungkinan tukang kunci yang bekerja adalah tipis.
Kami yang menyewa di apartment tidak begitu memerlukan tangga. Orang yang ada rumah berkemungkinan besar ada tangga. Aku cuba menelefon rakan-rakanku yang lain. Malangnya, mereka tiada di rumah.
Mati kutu.
Kami pergi ke bangunan apartmennya. Dia mula mengetuk beberapa pintu jirannya. Semuanya tidak mempunyai tangga.
Aku memberitahu Teela yang aku akan cuba bertanya seorang rakan sekerja yang tinggal berhampiran. Memandangkan kawasan perumahan ini bersebelahan dengan organisasi aku bekerja, ramai rakan sekerja yang tinggal di kawasan ini.
Aku menekan loceng rakan sekerjaku yang berasal dari Republik Korea. Malangnya, dia pun tidak mempunyai tangga. Kami, diekori oleh anaknya, mencuba nasib ke rumah rakan sekerja yang lain pula.
Dia pun tidak ada tangga!
Tetapi, dia rasa jirannya ada. Jadi, dia pergi bertanya.
'Ja'! Ada!
Jirannya pergi mengambil tangga di 'basement' bangunan apartmen mereka. Dia dibantu oleh anaknya membawa tangga tersebut. Kami, yang telah menjadi sekumpulan empat dewasa dan tiga kanak-kanak, pun berbondong ke bangunan rakanku.
Apabila kami sampai, sudah ada pula kumpulan kecil di depan bangunan. Masing-masing memandang tingkap rakanku yang terbuka itu. Sebaik sahaja mereka ternampak tangga yang dibawa, semuanya bertepuk tangan!
Yang empunya tangga mula memanjat dan masuk ke dalam apartmen. Sekali lagi semua bertepuk tangan. Rakanku gembira, tidak perlu tidur di dalam kereta!
Dan beberapa hari kemudian, kami disajikan dengan kek oleh rakanku, tanda terima kasih.
Terima kasih juga, Teela. Memberi sedikit drama kepada hari Ahadku.