Barisan untuk pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang agak panjang. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa, aku mula menyusun barang-barang supaya pemeriksaan berjalan lancar.
Tiba-tiba terdengar kekecohan berlaku di bahagian hadapan barisan.

Aku memanjangkan leher untuk melihat apa yang sedang berlaku. Ada seorang penumpang yang agak berumur sedang bertelagah dengan seorang pegawai keselamatan. Barisan yang pada awalnya bergerak, walaupun agak perlahan, telah berhenti. Barisan-barisan lain masih lagi bergerak.
“Apa halnya ni?” aku tertanya-tanya. Mereka bertelagah dalam bahasa asing.
Penumpang-penumpang lain di dalam barisanku mulai resah. “Berilah kami jalan dulu, atau pindahkan kami ke barisan lain sementara mereka selesaikan hal itu,” rungut seorang penumpang, dalam bahasa Inggeris.
Selalunya aku tak ambil kisah sangat perkara yang berlaku di sekelilingku. Pernah sekali, satu protes berlaku di lapangan terbang dan suasana menjadi agak bising dan tegang. Aku tetap membuat halku sendiri.
Tetapi, kali ini aku amat ingin tahu apa yang berlaku. Aku bertanya kepada penumpang di hadapan.
“Penumpang itu tidak mahu meletakkan pasport ke dalam mesin pengimbas barang. Dia hendak pegang juga. Degil.”
Aku cuma mendiamkan diri. Aku selalu sampai awal di lapangan terbang, jadi masa bukan masalah bagiku.
Seorang lagi pegawai menghampiri mereka. Selepas beberapa ketika, penumpang itu mulai berjalan melalui mesin pengimbas.
Sekali lagi aku bertanya. “Mahu pula dia? Pasportnya di mana?”
“Rakan pegawai itu memujuk dan menawarkan untuk memegang pasportnya sementara dia melalui mesin pengimbas.”
Selepas itu, aku mendapat tahu daripada rakanku yang pernah bekerja di lapangan terbang, penumpang tidak dibenarkan sama sekali memegang apa-apa barang semasa melalui mesin pengimbas. Pegawai itu cuma mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
Tidak semua orang akan bersetuju dengan prosedur-prosedur itu. Namun demikian, masih lagi boleh cari jalan penyelesaian supaya masalah tidak berlarutan dan menyebabkan kesusahan kepada orang lain.